Ayahku Kapten Keluarga.
Timbalan Ketua Pengarah ( Pengurusan ) Lembaga
Pendududk dan Pembangunan Keluarga
Negara (LPPKN) Mohd Hairil Md Akir, tandatangani plak perasmian pada Sambutan
Hari Bapa 2025 LPPKN Selangor di Samarak Hal, Cyberjaya 24 Jun 2025.
“Peranan ayah hari ini tidak lagi terhad sebagai pencari nafkah semata-mata. Dengan perubahan ekonomi dan norma masyarakat, bapa kini turut terlibat rapat dalam mendidik, menyantuni dan memimpin keluarga ke arah kesejahteraan,” katanya ketika merasmikan majlis berkenaan.SEPANG, 24 JUN: Peranan bapa sebagai pemimpin, pelindung dan pencorak institusi keluarga diberi penghormatan dalam sambutan Hari Bapa 2025 anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Selangor hari ini.
Bertemakan Ayahku Kapten Keluarga, program yang berlangsung meriah di Dewan Semarak, Cyberjaya bukan sekadar acara simbolik, malah menjadi platform menyemai kefahaman baharu tentang tanggungjawab lelaki moden dalam institusi keluarga.
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) LPPKN Mohd Hairil Md Akir berkata sambutan itu menghargai pengorbanan golongan bapa yang bukan sahaja menjadi tulang belakang kewangan, malah kini turut memikul tanggungjawab emosi dan sosial dalam rumah tangga.
Beliau turut berharap sambutan seperti ini mampu menjadi pemula kepada hubungan kekeluargaan yang lebih erat, terutama dalam menghadapi cabaran kehidupan moden yang semakin kompleks.
Antara pengisian program yang menarik perhatian termasuk forum Kesejahteraan Lelaki: Sembang Maskulin, selain pameran Wall of Fame: Coretan Seorang Ayah yang menyentuh hati para pengunjung.
Beberapa agensi kerajaan dan swasta turut mengambil bahagian dalam pameran perkhidmatan serta jualan produk keluarga, menjadikan sambutan itu inklusif dan berinformasi buat semua lapisan masyarakat.
No comments:
Post a Comment